Wednesday, April 19

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH



Assalamualaikum...

Biasa kita makan ayam masak kicap biasa je kan, cuba try pulak versi letak rempah. Zue suka rempah daging babas sebab bau dia menyengat. Anak-anak memang sangat suka kalau buat lauk ni. Siap bertambah nasi. So apa kata cuba menu tengahari ni yang simple dan ada umphhh...



 
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Bahannya:

3-4 ketul ayam
4 sb kicap manis
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 biji tomato
Kacang panjang
Lada besar
Gula secukup rasa
Rempah daging babas

Bahan tumisan
1 labu bawang besar (potong bulat2)
2 ulas bawang kecil (dimayang)
1 ulas bawang putih (di ketuk)
sedikit halia (mayang)

 

Caranya:


  • Ayam diperap bersama kunyit, cili giling dan garam secukup rasa dalam 5 minit
  • Goreng ayam tersebut sehingga garing
  • Tumis bahan tumisan bersama sedikit minyak (sis guna minyak ayam tadi)
  • Masukkan sedikit rempah daging babas dan sedikit air dan kacau rata
  • Masukkan kicap pekat manis, sos tiram, sos tomato dan sos cili
  • Kemudian masukkan air (untuk buat kuah) dan sedikit gula 
  • Last skali masukkan kacang panjang, lada besar dan tomato yang di potong 6
  • Kacau bagi rata dan biarkan seketika dan tutup api.

No comments:

 

Designed By Izza sakura