Thursday, September 15

KUNAFA sedappp...



Assalamualaikum....

Lama betul tak up date blog. Dah lah banyak resepi disimpan tak publish.. Jenuh nak publish dan edit satu persatu lak..

Korang pernah makan kunafa tak?.. Akak pernah makan masa kat mekah hari tu. Rasa agak sedap kena jugak ngan tekak even 1st time makan. Memandangkan tak puas hati makan hari tu so try lah google dan dapat buat KUNAFA versi melayu... Jom buat...


KUNAFA

Bahan-bahannya:
3/4 Pastri kunafa Sunbullah
190 gram butter

Cream filling:
350-360 gram fresh cream
5 sudu besar cream cheese
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan air

Sirap:
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil vanila / esen ros

Cara membuatnya:
Defrostkan kunafa kat luar sebelum ingin membuatnya.

Sirap;
Masak gula bersama air dan vanila di atas api sehingga menjadi air gula yang pekat sedikit lebih kurang 10-15 minit. Padamkan api dan ketepikan.

Cream filling: 
Masukkan fresh cream dan cream cheese di dalam bekas dan pukul hingga tak berketul.
Di atas periuk dengan api yang sederhana, bancuh tepung jagung dan air dan kacau sehingga bancuhan tak berketul. 

Masak dengan sambil kacau bancuhan tepung jagung tadi sehingga likat.

Masukkan bancuhan tepung tadi di dalam bekas yang mengandungi fresh cream dan kacau rata. Ketepikan.

Di dalam satu bekas besar leraikan halus pastri kunafa dan ketepikan.
Cairkan butter di atas api sederhana. Letakkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit di atas pastri kunafa sambil gaul balikkan dengan cepat. Buat hingga habis butter dan mengenai semua pastri kunafa tadi.

Di dalam bekas pembakar segi tepat, ambil dalam separuh pastri kunafa dan susun dan tekan padat-padat hingga menutupi bekas. 

Letakkan cream filling tadi di atas kunafa hingga menutupi bekas. 

Kemudian susun lebihan pastri kunafa tadi di atas lapisan cream. 

Tekan dan padatkan perlahan-lahan.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C lebih kurang 45 min sehingga kunafa berwarna keemasan.

Setelah masak keluarkan dari oven dan curahkan perlahan-lahan air sirap tadi di atas kunafa. 

Biarkan sejuk. Kalau suka boleh disimpan di fridge sekejap. 

Tabur kacang pistachios yang telah dicincang di atas kunafa sebelum dihidang untuk rasa lagi sedap

1 comment:

man barber said...

Klo kat m.sia mna blh dpt kunafa pastri kunafa tu

 

Designed By Izza sakura