Monday, February 15

NASI AYAM SUP TULANG MUDAH



Assalamualaikum....

Dah plan tengahari nak makan apa?... jom try resepi yang sangat mudah ni... Sebenarnya ia merupakan resepi nasi ayam yang sangat simple. atau boleh dikatakan nasi ayam yang sesuai buat orang yang kejar masa atau pun pemalas... Hahahaa....

Napa saya kata camtu?... Sebab nasi ayam ni nasi ayam yang main campak-campak je... Guna apa yang ada kat dapur tu.. Tak yah nak bazir duit nak pi beli bagai. Kebetulan pertengahan bulan ni... so faham-faham je lah..




RESEPI NASI AYAM SUP TULANG MUDAH

Resepi Nasi Ayam

4 cawan beras dibasuh bersih
5 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
2 biji bawang kecil (hiris halus)
1 biji bawang putih (ketuk)
sedikit halia
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawan
garam dan gula secukupnya
sedikit secukup rasa
2 sb planta
sedikit minyak 


Caranya
  • Basuh beras dan toskan
  • Masukkan dalam rice cooker
  • Tumis menggunakan minyak + planta 
  • Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawan dan bawang putih bersama bawang merah dan halia
  • Kemudian masukkan juga daun pandan
  • Bahan tumisan tadi masukkan ke dalam rice cooker
  • Masukkan juga air rebusan ayam dan secukup rasa
  • Jangan lupa masukkan garam dan gula 
  • Kacau bagi rata dan on kan switch rice cooker




Sup Tulang 


Bahannya: 

1/2 kg tulang lembu ~ rebus dahulu sehingga empuk
2 sudu besar minyak masak
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
1 labu bawang besar - di hiris
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
1-2 sb sos ikan
2 biji limau nipis
Garam secukup rasa
1 biji tomato - potong dadu
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - ketuk


Caranya: 

  • Masukkan 5-6 cawan air bersama tulang yang dah empuk (buat kuah)
  • Kemudian masukkan juga rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris  
  • Masukkan rempah sup dan sedikit sos ikan  
  • Kacau dan masukkan juga limau nipis yang telah diperah (kalau nak masam letak banyak)
  • Jangan lupa masukkan lobak, daun sup dan cili padi 
  • Akhir sekali masukkan tomato, lada sulah dan garam secukup rasa. 
  • Biarkan dalam 20 minit jam bagi semua sebati
  • Sudah masak taburkan dengan daun sup dan daun bawang

**Jangan terlebih sangat limau nipis nanti rasa pahit lak





Ayam Goreng

1/2 ekor ayam (potong kecil)
Serbuk goreng ayam bistari

Caranya:

  • Rebus ayam agak dalam separuh masak dan sejukkan
  • Gaulkan dengan serbuk ayam goreng bistari
  • sedia digoreng sehingga masak

Hiasan

Timun, tomato dan daun salad

nota kaki:
*** Nak sedap makan sekali sos cili thai

No comments:

 

Designed By Izza sakura