Thursday, May 22

NASI LEMAK PANDAN



Assalamualaikum..

Dah masuk tengahari baru sempat upload resepi NASI LEMAK PANDAN. Kadang-kadang seronok jugak mencuba resepi yang lain daripada resepi asal ni. Biasa makan nasi lemak biasa kaler putih kali ni try sedikit kelainan dengan lebihkan air pandan dan warna hijau. Baunya Ya Allah.. wangi satu rumah. Errmm.... Untuk hiasan zue suka makan bersama telur puyuh, bilis dan timun. Jom cuba. 



NASI LEMAK PANDAN
sumber : Kak Yah

3 cawan beras
2 1/2 cawan santan
4 helai daun pandan (blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
2 ulas bawang merah (dimayang)
2 inci halia (hiris nipis) 
Gula dan garam 
Setitik pewarna hijau

Caranya:
  • Basuh beras dan toskan dan masukkan santan.
  • Masukkan santan, bawang, halia, gula, garam dan pewarna hijau ke dalam rice cooker.
  • On kan dan sedia dimasak sehingga masak
  • Gemburkan dengan menggunakan garfu untuk elakkan daripada beras tersebut hancur.


Sambal Bilis

Secawan ikan bilis 
6 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sedikit halia 
1 keping gula melaka 
sedikit belacan 
5 sudu besar cili giling 
sedikit santan 
gula dan garam 
3 sudu besar air asam jawa 




Caranya:
  • Blender bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
  • Tumis bahan blender dengan minyak masak.
  • Masukkan cili giling dan belacan. 
  • Kacau hingga naik wangi.
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. 
  • Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

No comments:

 

Designed By Izza sakura