Sunday, April 28

KEK CHEESE FAIR LADY


 


Assalamualaikum.. 

Pagi yang indah hari ni zue nak share kek cheese fair lady yang dibuat banyak kali tapi kali ni baru dapat upload gambarnya. Kek ni adalah kek peberet Zue memandangkan teksturnya agak gebu dan lembut. 

Actually hari tu zue pernah buat kek agak serupa dengan fair Lady ni DI SINI. Tapi resepinya agak berbeza sedikit dan rasanya lebih kurang sama jer.

Buat sesiapa penggemar cheese kek memang harus mencuba resepi ni kerana kesedapan nya agak terasa dan kelembutannya ibarat kek span yang gebu.
 
KEK CHEESE FAIR LADY

sumber: Suealeen's Kitchen

Bahan untuk kek:-

5 biji telur Gred A
120 g gula 15 g ovalette
125 g tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
 Beberapa titis pewarna/perisa (sekiranya suka)
75 g minyak jagung
 2 sudu besar susu segar/cair 
1 sudu teh esen vanila


Caranya:-


  • Pukul telur sampai putih dan kembang.
  • Masukkan gula, ovalette (optional) dan beberapa titis pewarna/perisa. 
  • Pukul lagi seperti membuat bahulu.
  • Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak sedikit demi sedikit berserta dengan susu segar dan esen vanilla.
  • Kemudian masukkan minyak jagung dan pukul sebati (tak perlu lama).
  • Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C. 
  • Api bawah saja. 
  • Bakar sehingga masak guna kaedah steam bake.
  •  Sejukkan selepas masak. 
  • Kemudian boleh dibahagikan kepada 2/lebih bahagian menggunakan serrated knife.



Bahan untuk lapisan keju:-

100 gm mentega
250 gm krim keju
100 gm gula aising *diayak
100 gm fresh cream/non dairy whipping cream
2 sudu teh perisa oren/parutan oren

 Caranya:-


  • Pukul mentega dan krim keju hingga sebati.
  • Kemudian masukkan gula aising dan fresh cream.
  • Masukkan pula perisa oren/parutan oren. 
  • Pukul hingga kembang.


 Untuk hiasan/Topping: 

100 gm fresh cream 
 Coklat putih (ikut suka) *diparut 


  • Pukul fresh cream sampai kental. 
  • Jangan terlebih pukul nanti dia cair balik. 
  • Salut pada kek. 
  • Taburkan dengan coklat putih yang telah diparut. 

Cara melapis:

 Lapisan kek - lapisan keju - lapisan kek - lapisan keju - lapisan kek - hiasan/topping - coklat putih yang diparut. Simpan sekejap dalam peti ais sebelum dipotong. 15 minit pun dah cukup.

2 comments:

Rohah said...

Menarik...

Anonymous said...

Pretty! This was an incredibly wonderful article.
Thank you for supplying these details.

My site :: seo rankings

 

Designed By Izza sakura