Wednesday, January 23

KERABU MANGGA


Assalamualaikum..

Dah lunch?.. Bestkan klu lunch makan nasi bersama apa-apa jenis kerabu. Kerabu yang zue paling suka ialah kerabu mangga dan kerabu perut. Kat depan rumah punyalah banyak buah pelam jenis pelam epal. Kebetulan pokok tu kepunyaan jiran sebelah rumah. So semalam jiran bagi buah pelam ni punyalah banyak. Tapi pelam ni dah sedikit masak. Kalau yang tak masak lagi cun untuk buat kerabu. 

Kerabu yang zue buat ni, zue sagat ngan penyagat sebab tu potongan dia agak sedikit halus dan kecil. Kalau nak cantik potong pelam ni secara memanjang. Baru puas makan. Aper-apa pun resepi ni memang sedap. 
Bahannya:

1 biji mangga (kalau yang muda memang cun)
3 sb sos nampla
3 biji cili padi
3 biji bawang merah 
1 biji tomato
sedikit garam
sedikit gula
1 gengam kacang tanah yang dah masak
**klu letak daun ketumbar pun sedap baru ori ala Thai
Caranya:
  • Mayang bawang merah dan potong lada jarum bersama buah tomato
  • Potong mangga secara memanjang (zue sagat)
  • Gaul kesemua bahan sambil masukkan sos nampla dan sedikit garam bersama gula.
  • Lastly masukkan kacang tanah
  • Kacau sehingga rata dan sedia dimakan

2 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam selamat becuti esok..kerabu mangga mmg sdp di mkn sama nasi nak pulak kalau meratah pehhh x cukup jd nye...fv tu

Anonymous said...

I love looking thгough a ρost that ωill makе
people thіnκ. Alѕo, manу thankѕ fοr permіttіng me tο comment!


My blog post; pikavippi
Take a look at my blog post : pikavippi

 

Designed By Izza sakura