Saturday, January 26

CEMPEDAK GORENG


Selamat petang..

Petang yang tak hujan ni apa kata kita makan cempedak goreng. Zue suka sangat beli cempedak goreng kat gerai-gerai tepi jalan..Agak mahal rm2 untuk 5 biji.. Makan pun tak kenyang. Tapi kalau beli mesti cari yang agak crunchy.. Kalau beli yang agak lembik rasa cam tak best.. Cempedak goreng yang betul-betul manis pun lagi best.. Puas makan.. Kat KL ni susah nak cari yang betul-betul menepati citarasa kita kan.. so zue pun buat ler sendiri.
Semalam zue pergi pasar chow kit. Jumpalah ngan cempedak ni.. sebiji rm12.. Isinyer banyak.. Tokey tu kata ni bukan cempedak kampung tu yang agak mahal. Duk fikir esok cuti tu yang berani beli.. Kalau beli hari kerja.. berjanggutlah nak buat.. Pastu nak habiskan untuk makan tu.. jenuh..Almaklum waktu makan hanya malam lepas balik kerja.. 
Sumber: Norzie hany

Bahannya:

Buah cempedak
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit minyak panas
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.
  • Sedia di goreng sehingga masak

Resepi ni agak chruncy dia punya kerak...

1 comment:

Anonymous said...

Pretty! This was a really ωondеrful агticlе.

Many thanks for providing this infο.

Alsо visit my sіte: Get free twitter followers
Here is my web-site ... instagram page url

 

Designed By Izza sakura