Wednesday, January 11

PENGAT PISANG DAN JAGUNG

Selamat Petang..

Apa yang akan jadi bila pisang dan jagung di gabungkan sekali di dalam pengat... Hihihi.. Kebetulan kat dapur ada pisang dan jagung.. Emmmm.. nak buat apa?.. So kebetulan terfikir kat pengat.. terus jer zue campur dua jenis ni.. Rasanyer agak sedap.. Bau wangi pisang tapi bila dimakan ader lak jagung.. Nak lagi sedap letakkan biji sagu...Rasa tergigit ala-ala menda lembut gitu.. Tapi memandangkan didapur zue tak de biji sagu so tak delah pulak nak letak.

Agak-agak jadi tak eskperiment ni?.. Bolehlahkan.. Untuk pengat atau kuahnyer zue masukkan susu pekat manis untuk rasa lemak gitu...
Bahannya:

Jagung
Pisang tanduk
Santan pekat
Gula
Susu pekat manis
Secubit garam
Air
1 helai daun pandan

Caranya:
  • Hiris pisang tanduk dan jagung (ikut cara tersendiri)
  • Masakkan santan bersama air (ikut pekat atau banyak mana air diperlukan)
  • Simpulkan daun pandan dan masukkan dalam santan bercampur air dan didihkan dalam periuk
  • Masukkan sekali secubit garam, pisang tanduk dan jagung
  • Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul
  • Bila agak separuh masak, masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa 
  • Agak dah masak dan sebati tutup api
  • Sedia dihidangkan

No comments:

 

Designed By Izza sakura