Tuesday, January 10

MI SEDAP ala PATAYA

Assalamualaikum..
Sekali tengok macam paprik.. dua kali tengok inilah guphe gabungan telur dan mi sedap iaitu.. MI SEDAP ala PATAYA gitu.. Hmmmm... menjadi jugak resepi cubaanku ini.. 

Actually zue pernah buat mi sedap DISINI sebelum ni.. Kebetulan semalam tak tau nak masak apa so terus selongkar alamari dapur.. Ooo.. Ader lagi mi sedap ni.. Bila bagitau anak-anak nak buat mi sedap.. Dia orang so excited sebab dia orang suka jenis-jenis maggi ni.. Budak-budak katanyer..


Resepi yang sama pernah diN3kan..
Bahan-bahannya:- (3 orang makan )
4 peket mee sedap
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 st minyak masak
udang/sotong/daging ayam (potong kecil-kecil)
sayur-sayuran (zue guna sawi)
sedikit air

Hiasan
bawang goreng (sudah ada dalam mee sedap)
lada besar dipotong halus

 
Caranya:
    • Rebus dan toskan mi maggi
    • Tumis bawang putih dan bawang merah bersama sedikit minyak (walaupun kat dalam dah ada minyak siap untuk digaul, tapi zue lebih suka tumis lain sebab lagi wangi)
    • Masukkan sotong/udang/ ayam yang dipotong kecil-kecil. Kalau perlu masukkan sedikit air dan biarkan seketika sambil tutup tudung periuk)
    • Masukkan sayuran bersama mi maggi dan juga perencah mi maggi sedap dan gaul sehingga rata dan masak.
Pataya telur
2 biji telur
secubit garam
sedikit aji shio
sedikit minyak

Caranya:
  • Panaskan kuali yang leper atau lebih elok kuali buat burger
  • Dalam satu mangkuk pukul manja telur, garam dan aji shio sehingga sebati
  • Sedia ditebarkan pada kuali dengan cara meratakan telur tadi pada tempat yang tidak kena secara membentuk bulat (buatkan telur tersebut tebal untuk memudahkan ia membalut mi maggi).
  • Biarkan sehingga telur masak 
  • Masukkan mi maggi dan sedia dibalut.

4 comments:

Liza said...

pergghhhhmmg sedap nmpk mee sedap ni....ekekekekeke

Zue El Razak said...

Liza~mi sedap yang sedap.. :)

Adam said...

kalo pakai megi ok ka

Zue El Razak said...

Adam~ pakai megi pun ok.. just tambah sos cili skit dan lada jeruk.. Lagi ader umpp..

 

Designed By Izza sakura