Saturday, December 10

APAM YOGURT pulak....



Antara banyak jenis apam yang paling zue suka.. apam yogurt adalah apam yang paling best rasanyer.. Sebab ia wangi bau yogurt dan juga lembut sangat-sangat bila dimakan.. Makan sebijik memang tak akan cukup.. Kali ni zue buat sedikit kelainan dengan meletakkan inti perisa coklat di dalam... Rasa memang lagi best.. Bukan mak budak jer suka makan, mak budak pun suka makan..
Zue campurkan yogurt perisa asli bersama perisa manggo dan juga strawberry.. Memang sedap dan wangi baunya..

Sumber:Kak Nor@secubitgaramnor67.blogspot.com


Bahan-bahan:-


1 1/3 cawan gula halus
1 tsp ovallete
2 cawan tepung
1 cawan fresh yoghurt atau (zue campur yogurt perisa asli bersama perisa mangga dan strawberry)
2 biji telur
1/2 tsp double acting baking powder (zue letak 1sk)
1tsp pewarna yang disukai (zue campur-campur kalernyer)


Cara2:
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
  • Dalam bekas sesuai, pukul semua bahan2 sehingga sebati,gebu dan pekat. 
  • Adunan akan bertali jika diangkat dengan pengadun
  • Tinggalkan sedikit adunan (lebih kurang 5 sudu besar) untuk dicampurkan serbuk koko dan coklat paste
  • Masukkan adunan putih ke dalam cawan kertas dan sudukan sedikit warna mengikut citarasa sendiri di atasnya. 
  • Kukus selama 15-20 minit. 

Actually zue pernah buat apam yogurt ni..disini tapi zue buatkan tambahkan ngan perasa dan pewarna buah dragon fruits..


Dalamnyer zue letak filling coklat...

No comments:

 

Designed By Izza sakura