Friday, October 21

Jom pekena JUS MANGGA...



Saja nak perabiskan stok mangga yang dah nak sedikit buruk.. daripada buang gitu saja baik buatkan jus mangga.. Uols pernah minum jus mangga tak?.. Tetiba teringat kat air mangga gelas besar di Bukit Tok Beng, Seberang Takir.. Kat situ macam-macam jenis air buah ader.. Nak mix apa-ape jenis buah pun boleh.. Bila Zue pergi sana mesti Zue akan pilih air buah mangga mix ngan air durian belanda.. Memang yummy.. Tak delah pekat sangat dan tak delah pulak cair sangat.. Gelas lak suka hati nak pilih saiz apa.. S, M,L dan XL.. XXL pun ader tau.. Harga takdelah mahal sangat..berpatutan.. Kedai tu siap masuk rancangan Warung Kita lagi... Lepas tu sekarang dah tumbuh banyak lagi gerai-gerai air buah campuran di Seberang Takir.. pastu berjangkit lak kat kampung-kampung lain di Terengganu. Pendek kata, kalau pergi Terengganu jangan lupa cari kedai Air Buah Gelas Beso.. (Ishh.. tak sabo lak nak balik ganu raya haji ni)

Ok.. Entry ari ni zue nak sharekan resepi mudah, ringkas dan murah ni.. JUS MANGGA..


Bahan-bahannya:-
2 biji mangga masak (Jangan ambik yg buruk dah ler..)
3 cawan air (Kalau tak nak jus ni pekat.. lebihkan air)
4 sb gula kasar (lebihkan gula kalau air dilebihkan)
3-4 ketul ais batu
sedikit susu cair (untuk lemakkan jus tadi)


Caranya:-
Potong buah mangga kecil-kecil dan masukkan ke dalam blender.. Masukkan sekali air, gula dan ais batu.. Kasi blend sehingga hancur. Tuangkan dalam cawan dan atasnyer titikkan susu cair (agak-agak). Sedia diminum terus..

No comments:

 

Designed By Izza sakura