Sunday, July 10

LIGHT CHEESE CAKE

Teringin benar nak buat light cheese kek..selalu buat mesti tak jadi..sampai dah putus asa rasanyer.. Tetiba ari tu jenguk dapur kak nor..cantekk jer 'belang' cheese dia..memang mengujakan so.. apa lagi balik keje malam tu terus buat..

Bila siap rasa memang puas hati..rasanya ala-ala sponch kek dan agak terasa lemak cheesenyer.. dah cantek belangnyer so malas lak nak deco..kira dah puas hati pun!

Izin kan zue cut and copy paste resepi ni ye tn punya resepi..

Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com
melalui: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A - zue guna saiz C
• beberapa titik esen vanila/jus lemon dan pewarna pilihan sendiri

Cara-caranya:-

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Bahagikan adunan kepada 2 kaler.
6. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan secara berselang seli kaler..macam zue, akan masukkan kaler putih kemudian baru kaler hijau dan ulang sehingga habis adunan tadi. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

No comments:

 

Designed By Izza sakura