Sunday, June 19

KEK KAREMEL BERLAPIS COKLAT



Selamat Hari Bapa buat suamiku tersayang Mohd Nizam Bin Othman..Semperna hari ni zue buatkan kek karemel berlapis coklat.

Biasa duk buat kek karemel biasa jer..kali ni tukar selera skit.. belangkan dengan coklat.. Emmmm..memang sedap.. lebih-lebih lagi bila makan sejuk-sejuk..(ambik dari peti ais)..try lah buat..

Resepi ni zue godek dalam my resepi..mula-mula plan nak buat cheese kek.. tetiba tukar lak fikiran saat akhir..kat umah zue ni almaklumlah..Jenis cheese ni kureng skit nak laku tapi jenis karemel gini comform licin dalam sehari jer..

Nak buatkan karemelnyer taklah susah bukan perlu pukul ngan mixer.. just guna sudu/pemukul tangan jer.. amat mudah.. cuma nak layer tu.. take timelah.. perlukan kesabaran skit.. tak pe janji sedap dan cantekk..
Jom kita terjah resepinyer...

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*zue guna F&N )
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila


(B)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu besar gula - hanguskan atau boleh guna 2 sudu besar madu -guna madu


Cara Membuatnya:-
  • Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. 
  • Tapiskan. 
  • Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci . 
  • Masukkan 1/2 cawan (*zue guna senduk nasi dalam 5 scop untuk 1 kaler) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak. 
  • Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. 
  • Ulang A dan B berselang seli sehinga habis. 
  • Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
  • Masukkan dalam peti ais dan sedia dipotong dan hidang.

No comments:

 

Designed By Izza sakura