Wednesday, May 18

TRIFFLE WHIPPING CREAM with dragon fruits



Resepi Triffle ni sebenarnyer di ambil daripada blog model 80an iaitu kak Nani Rostam, mak kepada blogger Hanis Zulaikha, mula-mula jenguk resepi ni cam menarik jer, pastu kali ke-2 tengok cam teringin dan kali ketiga  terus buat tapi versi zue yang dah diubah suai skit resepinyer. Rugi sape tak try buat sebab rasanyer sedap sangat.





Zue ubahsuai letakkan dragon fruit.. Mula-mula plan nak letak strawberry, tapi pergi 2 hypermarket tak de lak time nak beli.. last-last tengok ada jual dragon fruit (agak menarik kerana kalernyer), terus zue angkat!



Jom tengok resepinyer...

Bahan-bahan:-
kek swiss roll / kek span/ kek biasa
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu cair + 1/2 tin air kosong + 2 sb kastad yg dicampur sedit air +5 sudu gula (kalau tak suka manis kurangkan)
1/2 tin jem strawberry homade + 1 cawan air (didihkan)
buah-buah dalam tin / laici
1 peket jeli konukuniya
buah untuk hiasan - dragon fruit/ strawberry

Caranya:

  • Mula-mula zue buat kek (biasa zue guna swiss roll kek- lagi sedap) tapi kali ni saja try buat kek sendiri lak.. pastu potong kek dalam bentuk kiub dan susun dalam bekas. Kemudian masukkan homemade jem strawberry yang di cairkan dengan sedikit air. Pastu masukkan kastad (campuran kastad, susu cair dan gula).
  • Kemudian masukkan whipping cream (yang dipukul sehingga kental) dan masukkan kembali campuran kastad, susu cair dan gula. Lastly masukkan laici. (Kalau suka buah coctail masukkan buah coctail, atau apa2 jenis buah dalam tin)
  • Masukkan jeli konukuniya (yang dicairkan dengan air), Last sekali,  masukkan kembali whipping cream. Untuk hiasan ikut selere sendiri nak letak buah apa. Dan letakkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam.
  • Actually zue lebih suka buah yang kaler terang-terang biar nampak lagi sodap dan menyelerakan. Agak mudah kan? memang sesuai buat untuk apa-apa majlis.. try lah mesti tak nyesal punya!!

No comments:

 

Designed By Izza sakura