Thursday, May 19

spoon kek yang lembut dan gebu


Teringin nak buat sendiri kek sponge ni so zue buatkan hari ni. Selama ni kalau nak makan duk beli jer kat kedai. Dah sedikit ada ilmu untuk membaking ni, kira jimatlah sedikit sebanyak bahagian ni. Ni tak termasuk lagi ambik tempahan yang diterima daripada member opis dan member lama. Alhamdulillah rezeki hujung bulan katakan.. Almaklum keje ngan orang ni tak sampai hujung bulan dah habis.


Bercerita pasal kek ni.. kek Sponge ni teramatlah gebu rasa macam makan kapas jer. Kata orang cair dimulut. Selama ni kat umah zue buat sebiji kek tu nak habiskan ambik masa 4-5 hari baru licin. Itu pun terpaksa bawak opis untuk clearkan. Almaklum anak-anak still lagi kecik so makan takdelah banyak tengah seronok main katakan. En hubby lak bukan peminat kek yang tegar. Tapi alhamdulillah buat kek ni, rasanya dalam 2 jam dah abis kut!..tapi still simpan untuk bawa 'sample' kat opis jugak huhu.. pendek kata kek ni memang sodap!


Bahan:

4 biji telur-asingkan putih dan kuning

3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung jagung-ayak
1/2 cawan tepung kastad-ayak
1 sudu teh cream of tartar-ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat-ayak

2 sudu serbuk koko- ayak
1 sk perisa coklat
secubit garam-ayak






Cara-caranyer:
Mula-mula pukul putih telur dan gula hingga kental atau marique. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi lebih kurang 5 min gitu. Bahan-bahan yang di ayak tadi di ambil dan masukkan kuning telur dan pukul lebih kurang 5 minit. Masukkan perisa coklat dan Kemudian campurkan putih telur yang marique tadi dan kaup balikkan kesemua bahan-bahan tadi. Masukkan dalam loyang  bahan2 size 8x8 dan bakar pada 180'c selama 25min.

*Actually kek ni boleh dipelbagaikan perisa samaada perisa plain (vanila/strawberry/pandan)


No comments:

 

Designed By Izza sakura