Tuesday, May 24

Chilled Oreo Strawberry Cheesecake




Dah lama mengintai dapur kak Hanieliza nak buat Chilled blueberry Cheesecake. Duk print resepi dari tahun lepas lagi. Tapi simpan sampai sekarang baru terfikir nak buat. Zue amat tertarik ngan bahan-bahan dalamnyer macam gabungan cheese, yogurt dan aiskrim. Bila dah buat memang betul-betul yummy.. sedap!!!...

Actually zue tukar skit dia punya luaran (sory kak hanieliza) zue tak guna blueberry tapi guna potongan strawberry dan tukar guna biskut marie (kat basenyer) dan gaulkan bahan-bahan tadi sampaijadi kaler kelabu ngan biskut oreo.. So kat sini zue tukarkan nama Chilled Blueberry cheesecake kepada Chilled Oreo Strawberry cheesecake.





Bahan Base 

150 gm biskut marie [mesinkan/hancurkan halus] 
2 s/b butter [dicairkan] 

Bahan Krim 

250 gm cheese cream philidephia 
300 ml yogurt [perisa buah ] 
100 gm gula halus [gula kastor] 
100 gm ice-cream vanilla 


Larutan agar-agar cair [panaskan] 
130 ml air 
1 s/b agar-agar serbuk 























Hiasan [kacau sebati] 
10 keping biskut oreo yang dibuang isi dan diblend sehingga hancur
potongan strawberry
buah strawberry




Cara 

Gaulkan biskut Marie dengan butter yang di cairkan dan tekankan dalam loyang sehingga agak padat. Kemudian pukul cheese cream dan gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan yogurt dan ice-cream. Kacau sehingga  rata. Masukkan larutan agar-agar cair (yang dicampur dengan air suam tadi) dan kacau sebati.Last sekali potongkan buah strawberry kepada hirisan yang nipis-nipis dan sedikit biskut oreo yang dihancurkan (blend sehingga halus) dan gaulkan bersama bahan-bahan tadi. (Untuk memarblekan jangan kacau terlalu kuat dan banyak)-zue kacau sehingga sebati sebab nak kalerkan zue punya cheese ni ngan kaler kelabu. Lastly masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam dan menjadi keras.


No comments:

 

Designed By Izza sakura