Wednesday, May 4

cekodok pisang


Cekodok Pisang memang peberet makan pada waktu petang.. Lebih-lebih lagi kalau minum ngan air teh..Perhhhh... Tapi zue lebih suka buat pada malam hari dan 'peram'kan dulu semalaman, pastu pagi esok terus goreng untuk bekpes. Anak pun boleh bawa bekal kat sekolah dan Zue pun kekadang bawak jugak bekal kat opis. (Jimat untuk makan pagi) heheheee.... Berbalik ngan cekodok ni actually bila lepas goreng, ia terasa ranggup kat bahagian yang sedikit keras, mungkin sebab letak tepung beras.. resepi ni memang mudah..pejam mata jer dah boleh buat.. Jom..Acu Cuba Try Test!!!



Bahan:
  • 10 biji pisang abu - mashed
  • 2 cawan tepung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak utk mengoreng




Cara-caranyer:-


Ayak tepung, baking powder dan tepung beras. Lenyekkan pisang sehingga hancur kemudian masukkan bahan yang diayak tadi bersama garam. Kacau sehingga sebati. Peramkan dalam 1/2 jam (Zue akan peramkan semalaman). Kemudian untuk menggoreng, macam biasa, panaskan minyak dan goreng hingga masak dan juga berwarna agak perang.

No comments:

 

Designed By Izza sakura