Sunday, January 9

KARIPAP





Bahan-bahan untuk 20 biji karipap:
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin atau minyak panas
  • 5 biji ubi merah/kentang
  • 1 paket kari daging
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ketul isis ayam (dada) - potong dadu kecil-kecil
  • sedikit gula dan garam
Cara-cara:
  • Uli tepung bersama marjerin yang dipanaskan dan juga masukkan garam. kemudian canaikan sehingga menjadi doh
  • Simpan dalam peti ais (petua untuk ranggup) - sebaik2 nya semalaman
Cara buat inti:
  • potong ubi merah/kentang dan ayam
  • panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, yang telah ditumbuk
  • bancuh kari dan masukkan ke dalam tumisan
  • masukkan ubi merah/kentang, ayam, gula dan garam
  • masak hingga ubi merah/kentang lembut dan pekat dan menjadi kering
Sedia untuk buat karipap samaada dengan menggunakan acuan atau mengelim dengan menggunakan tangan.




No comments:

 

Designed By Izza sakura