Wednesday, July 5

RED PEARL COOKIES




Assalamualaikum...

Salam Syawal.. Hari ni nak share resepi biskut Pearl Cookies yang sangat umphh.. Family memang suka dengan biskut ni. Gabungan conflakes dan biskut chips memang osem.. bila makan terasa kerangupan biskut ni, Tambah pulak dengan badam yang rangup. Gila sedappp..





RED PEARL COOKIES


Bahannya:-

150 gm butter
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor
60 gm cornflakes
50 gm coklat chips
25 gm almond nibs
1 sudu kecil esen vanilla
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang





Caranya:
  • Mula2 kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti
  • Masukkan tepung dan gaul rata
  • Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila. Kemudian gaul rata
  • sudukan atas dulang pembakar
  • buah ceri pula potong memanjang atau dadu. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170c
  • bakar biskut selama 20 - 25 minit bergantung pada kepanasan oven masing2
  • Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

Tuesday, July 4

BISKUT HABRIK ... Makan tak puas sebab sedap gilerrr


 

Assalamualaikum...

Salam Syawal.. Hari ni 10 Syawal bermakna sudah 10 hari kita beraya. Siap lah bulan Syawal ni bulan open house, jenuh mesti hari minggu penuh jadual open house.  Terfikir gak nak buat open house tapi gaji lambat lagi ni. Almaklum fulus perabis kat balik kampung baru ni... Hihiii... Okey, resepi hari ni Zue nak share resepi amat mudah ala-ala biskut arab, sangat-sangat sedap dan lembut giler tau. Kenapa Zue kata lembut.. Sebab proses nak buat biskut ni kena ayak 3-4 kali. Lepas tu sangai atau goreng sampai naik brown skit. Pastu baru boleh mix dengan bahan lain. Nak tau try lah buat. Kalau makan tu non stop.. Tak nak berenti... Sedap woo.. Actually ni resepi temurun keluarga suami sebelah Arab.


 Resepi penuh ada DI SINI . Cara buat sangat mudah, just gentel kecik-kecik je sampai abis adunan. Nak cantik letaklah manik atau apa2 yang menarik perhatian dan boleh dimakan sekali biskut habrik.



Resepi ni pernah keluar dalam buku Air Tangan Zuhaida.


Monday, June 19

TAT ROSALINDA



Assalamualaikum...

Salam Ramadhan. Tinggal tak sampai lagi seminggu nak raya. Malam-malam terakhir ni terkejar-kejar mana nak settle tempahan orang, mana nak tido lambat nak kejar lailatul qadar, mana nak masak untuk sahur itu tak kira lagi anak susah nak bangun sahur. Mood dia org dah kelaut sebab dah dekat nak raya. Hari ni zue share resepi yang zue buat untuk tempahan member2 kat opis. 

 

TART ROSALINDA

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji 

300 gms tepung gandum 
4 sudu besar tepung jagung 
3 sudu gula ising 
200 gms butter 
2 kuning telor sahaja
 jem nenas

Caranya:-

  • Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
  • Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. 
  • Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  • Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). 
  • Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  • Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . 
  • Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 
  • 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. 
  • Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. 
  • Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
  • Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. 
  • Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. 
  • Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak atau tepung gandum. 
  • Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
  • Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. 
  • Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. 
  • Buat hingga habis.
  • Masak pada suhu 170'c selama 15-20 minit
  • Sejukkan sedia dilukis lorekan atas tat menggunakan icing dan untu pemanis letakkan sugar doh yang ready made.




ICING
200 gm gula icing 
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar 
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan 
Masukkan dalam piping bag 
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga 
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. 
Biarkan icing keras Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 

Monday, June 5

BISKUT TAT ROSE




Assalamualaikum...

Selamat berpuasa untuk hari ke 10. Semalam Zue buat satu biskut yang pebret masa zaman budak-budak dulu. Tak sangka jumpa resepi ni. errmm... Puas hati buat sendiri... serius sedap... Cair dimulut... Nak buat pun sangat mudah. Actually ni 1st biskut raya untuk Ramadhan tahun ni. Kira baru nak panaskan enjin lah ni. Harap tahun ni target nak buat banyak lagi tercapai..

 


TAT ROSE

Bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan marjerin daisy
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1 3/4 tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
jem buah campuran secukupnya
sedikit pewarna sirap rose




Caranya:




  • Satukan butter, marjerin dan gula aising. Pukul hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
  • Tambahkan tepung jagung. Gaul sekata. 
  • Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yg                       boleh dibentuk. Jika doh lembik, tambahkan lagi tepung gandum.
  • Canaikan doh setebal 3mm, tekap dgn acuan bulat (saya guna tudung botol minyak).
  • Sapu jem diatasnya. Lipat dua menjadi semibulatan.
  • Kemudian ambil dua doh yg telah dilipat dua. Cantumkan dan bentukkan menjadi                                 kelopak rose. Pindahkan ke dalam paper cup.
  • Buat sehingga habis. Masukkan kedlm oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 160C                       selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
  • Satu adunan ni dapat dlm 60-70 biji bergantung pada saiz acuan.



  • Wednesday, May 31

    LALA GORENG CILI DAN TELUR



    Assalamualaikum...

    Mi adalah resepi kedua pada hari yang sama untuk berbuka semalam iaitu ketam buttermilk. Ok kebiasaan sis buat lala goreng sweet sour je tak de plak nak letak telur. Kali ni try buh telur. Hasil dia perhhh.... sangat sedap. Actually kes ari tu g makan kat satu restoren thai. Rasa dia perhhh... sangat-sangat sedap. Kali ni zue buat untuk buka puasa semalam. Rasanya cam tak cukup je. Tapi good idea untuk buat shell out ni.. Bismillah.. Jom try..


    LALA GORENG CILI DAN TELUR


    Bahannya:


    1/2 kg lala
    1 biji telur
    4 sudu besar cili giling
    3 ulas bawang merah (tumbuk)
    3 ulas bawang putih (tumbuk)
    2 sb sos cili
    2 sb sos tomato
    2 sb sos tiram
    2 sb sos plum

     




    Caranya:

    • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 
    • Masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. 
    • Masukkan sos, cili, sos tiram, sos tomato dan sos plum dan gaul sehingga sebati
    • Letakkan sedikit gula dan garam. Gaul lagi
    • Akhir sekali pe­cahkan telur dalam satu bekas dan tuang dalam kuali, gaul rata. 
    • Masukkan lala. Gaul lagi sehingga lala masak.

    KETAM BUTTERMILK... sedappppp




    Assalamualaikum...

    Semalam gigih pergi cokit untuk beli ketam. Alhamdulillah harga tak lah mahal, dapat rm22 sekilo. Ketam pun banyak isi. Tapi tak lah besar sangat.. Bolehlah untuk makan dengan anak-anak tu. Tapi kalau ikut nya sedap tu memang tak cukup so kena ada lauk sampingan untuk cover lauk ni.

    Korang trylah buat serius, memang sedap yang kuah tu anak-anak menjilat pinggan.. katanya sangat sedap. Sama sedap dengan guna udang.. Jom try mana yang tak pernah try.



    KETAM BUTTERMILK

    1 kg ketam  
    1/2 tin susu cair  (nak banyak kuah letak banyak lagi susu)
    Sebiji bawang holland - dicincang
    8 - 10 helai daun kari
    1 biji telur masin yang di rebus (ambil kuning saja dan lecekkan)
    1 kiub ayam knor
    Garam dan gula secukup rasa 
    2 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. 
    Tepung sebaguna untuk mengoreng ketam


    Caranya:

    • Goreng ketam telebih dahulu dengan tepung serbaguna sehingga garing
    • Panaskan minyak dan masukkan butter. (Zue guna minyak goreng ketam tadi)
    • Kemudian masukkan bawang putih yang dikisar bersama bawang holland yang dah dicincang.
    • Bila dah nampak kekuningan, masukkan telur kuning yang dilecekkan bersama daun kari dan cili padi yang diketuk sedikit. 
    • Dan masukkan susu cair, kiub knor, gula dan garam secukup rasa.
    • Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
    • Last sekali masukkan ketam dan tunggu sehingga ketam masak.

    Thursday, May 18

    KETUPAT PULUT DAUN PISANG DAN RENDANG DAGING




    Assalamualaikum...

    Alkisahnya.. ni cerita raya haji tahun lepas. Kami satu family tak balik so zue buat lah rendang versi sendiri. Bahan semua dah ada tapi daun untuk bungkus ketupat tak jumpa. Habis chow kit dan pasar borong seri kembangan pergi cari. Tak de sampai sudah. Last2 no choice guna je lah daun pisang kira alat-ala lepat lah ni sebab selalu tengok mak mertua buat lepat guna daun pisang so try ler buat kat lemang zue.. Hihiii..





    LEMANG KUKUS DAUN PISANG



    Bahannya:

    3 cawan beras pulut - cuci dan rendam 4 jam (bergantung pada jenis beras pulut). Kemudian toskan.
    3 cawan santan pekat + 1 sdt gula dan garam secukupnya - masak sehingga pecah minyak.
    3 helai daun pandan - simpul Daun pisang secukupnya - layukan atas api supaya lembut dan senang bila digolong. Aluminum foil


    Caranya:

    *Panaskan kukusan terlebih dahulu* 
       

    • Sediakan loyang dan masukan beras pulut. Ratakan. 
    • Tuang santan yang sudah dimasak tadi serta daun pandan. Sukatan santan mesti sama paras      dengan beras. Jangan lebihkan santan nanti beras akan lembik bila sudah masak. 
    • Kukus dalam 30 minit bergantung pada beras sehingga masak. 
    • Bila dah masak keluarkan.
    • Kepal pulut mengikut saiz yang disukai dan letak atas daun pisang. Gulungkan padat supaya daun pisang melekat. Hujung sebelah menyebelah buncu lipatkan dan gulung lagi dengan aluminium foil.
    • Buat sampai habis dan kukuskan lagi dalam 20 minit dan kemudian bolehlah dimasukan ke oven . 
    • Bakar 20 minit pada suhu 180 degrees api atas bawah.

    RENDANG DAGING

    Bahannya:
    1 kg daging (potong nipis kecil)
    5 helai daun kunyit (mayang halus)
    2 batang serai (ketuk)
    2 ulas bawang putih (ketuk)
    1/2 cawan minyak
    2 cawan santan pekat
    2 s/besar kerisik
    1 s/besar gula merah garam

    Bahan-Bahan (BLEND)

    15 tangkai cili kering + cili api (mengikut kepedasan sendiri)
    3 biji bawang besar
    10 biji bawang merah 
    4 biji bawang putih dikisar
    1 inci halia halus
    1 inci lengkuas
    1 inci kunyit hidup
    5 batang serai

    Caranya:
    • Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan. 
    • Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak. 
    • Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat 
    • Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. 
    • Biarkan sehingga naik minyak. 
    • Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..
     

    Designed By Izza sakura